Search

Sumbangan MAIWP Kepada Frontlines Sehingga Disemb...

  • Share this:

Sumbangan MAIWP Kepada Frontlines Sehingga Disember 2021

Walau menghadapi cabaran bilangan kes Covid-19 yang semakin memuncak, para barisan hadapan terus semangat dan kuat mengharungi tugas mereka atas dasar tanggungjawab dan amanah yang telah diberikan. Oleh itu MAIWP pada hari semalam (Jumaat) telah memperuntukkan dana zakat berjumlah RM4,447,800.00 dalam bentuk kit makanan untuk diagihkan kepada para petugas yang terdiri daripada para doktor, jururawat dan petugas kesihatan. Bungkusan kit makanan ini adalah praktikal kepada mereka yang sedang bertugas dalam keadaan yang terdesak serta terhad masa dan pergerakan.

Saya telah menyerahkan sumbangan kit barangan makanan Mohmmad Salleh Bin Yahya, Timbalan Pengarah Klinikal (Perubatan) PPUM yang mewakili Pusat Petugas Barisan Hadapan yang terdiri daripada 9 buah Pusat yang mengendalikan kes yang disyaki (PUI) dan sahih Covid-19, 1 buah Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) dan 5 buah Pusat Pengambilan sampel Covid-19 (CAC) bagi menguruskan pesakit Covid-19 di Wilayah Persekutuan. Jumlah keseluruhan petugas frontliner dalam skim bantuan kit makanan ini adalah sekitar 500,000.

Turut hadir Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP Encik Mohd Nizam Haji Yahya dan Pengurus Bahagian Baitulmal, Ustaz Ahmad Talmizi Yahaya.

#maiwp #agihzakat #kamiAda #skuadjejakasnafBaitulmalMAIWP #gerobokrezekiMAIWP #MoJA #ppzmaiwp #maiwpprihatin #musaadahcovid19 #maiwpridersteam

MDB
Pengerusi MAIWP


Tags:

About author
not provided
Pengerusi Eksekutif Amanie Group, Presiden IIUM ke 8, Pengerusi Majlis Penasihat Syariah Bank Negara
View all posts